Rabu, 18 Mac 2015

Bicara Hati ♥

Khas buat sahabat yang aku sayangi kerana ALLAH ..

Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam Laman Sosial , walau kental bawa diri , bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran , kita tetap takkan lari daripada bicara soal hati .. ♥

Andai hati itu asalnya lembut , maka selamanya jua lembut ..

Kita suka dengan orang tu ,
Kita suka dengan orang ni ,
Nak jaga hati ,
Tak nak lagha ,
Tak nak fikir yang sia-sia . .


Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja , lagi mudah . . ツ


Tengok orang couple , rasa nak couple juga .. tapi bila fikir balik , tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa tetapi jiwa terseksa . .

Tengok orang kahwin , nak kahwin juga !
Tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu , hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin ..

Pelbagai rasa didengari ,
Bercampur-baur dalam hati ,
Itulah lumrah kehidupan . .

umur yang makin meningkat dewasa ,
soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa .

Wake up !
Hidup dalam dunia sebenar . .
Perjalanan dalam hidup ini masih jauh .

Bukan sekadar soal "SAYA SUKA AWAK dan AWAK SUKA SAYA , TIADA APA LAGI YANG MENJADI PENGHALANG CINTA ANTARA KITA dan JOM KAHWIN" semata !
Itu yang dikata ..

Bila suka , JANGAN terlalu suka .
Bila benci , USAH terlalu benci .
Selalulah untuk berada ditengah-tengah .
..
selama tiada ikatan halal yang termeterai , dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa .
Genggam kemas hati itu baik-baik . .
Usah mudah lemah !
Bina semangat yang kental .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan