Selasa, 10 Mac 2015

Cinta Manusia

Kerana cinta . . 
. . Kerana CINTA ..
Cinta pada siapa ? .. 
. . amboii cepat je korang yerr bila bab cinta ..

Cinta ? . siapa tak suka bercinta tambah-tambah lagi dialam remaja nii kan .

Cinta  
.. apa itu CINTA ? .. apa yang dimaksudkan dengan CINTA ? ..

CINTA merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya perasaan kasih sayang , tarikan iaitu perasaan tertarik kepada makhluk lain , asas kemesraan dan keserasian antara pasangan dan rela berkorban untuk orang lain .. semua itu dapat ditunjukkan melalui perasaan , emosi , perbuatan , pemikiran , persepsi dan sikap .

Perasaan cinta merupakan suatu perasaan yang positif kerana ia adalah lumrah bagi setiap makhluk ALLAH .

Manusia sering menginginkan cinta . 
Dalam cinta , terdapat suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia merasa gembira , sedih , rasa yakin , rasa dimiliki dan sebagainya . 

Ingat bahawa CINTA YANG PERTAMA ialah CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA . CINTA YANG KEDUA ialah CINTA KEPADA MAKHLUK ALLAH dan . . . . disinilah bermulanya pecahan-pecahan cinta . 

Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar untuk digambarkan .. ianya bermula dengan perasaan suka , hati sentiasa berbunga-bunga , mulut tersenyum tanpa bicara , muka bertambah seri dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita ..

Namun amat mudah untuk melafazkan cinta tetapi amat mudah juga untuk melupakan cinta kerana cinta yang sejati itu lahir dari hati yang tulus terhadap seseorang . 

 Dalam cinta , JANGAN terlalu berharap pada manusia ..
Bila kau putus cinta , kau menangis dan meratapi segalanya . 
Kau tak tahu hikmah yang ALLAH bagi pada kau .
Ayat manis lelaki kalah madu . . Hahaha ..
Bawak² bertaubatlah nak .
Kalau betul pun kau sayangkan dia , ajak dia nikah .. lagi berpahala . Kau taknak rebut pahala tu ke ?
Bukannya ajak dia bercouple .
Kalau rasa tak mampu lagi nak nikah , jangan couple dan tahan dengan berpuasa .
Bila dah rasa mampu dari segi fizikal dan mental , kau jumpa wali dia dan cakap tentang niat kau . 
Saya .. ? biarlah rahsia antara saya dan ALLAH  .. doa bnyk2 dan semoga ALLAH temukan dlm setiap sujud dan doa . INSHAALLAH ..

Oo hah ! Nak ingatkan jugak agar JANGAN TAKSUB DENGAN CINTA MANUSIA .. bila dah terlalu sayang dan cinta dan inginkan kesetiaan , mulalah gambar 'sweet couple' gituu ditayangkan . 
'Taken by si fulan bin si fulan' mula dihebohkan .. bila dah break nanti , 'Single' pulak menerpa datang .

Cinta yang haram nii biasanya susah nak kekal  lama .. so fikir-fikirkanlah .

Jika benar dia cinta dan sayang , dia takkan bawak kau jatuh ke Neraka bersama-sama taw ! 

Kumbang BUKAN seekor dan Bunga BUKAN sekuntum ..

"TIDAK PERLU menyusahkan diri dengan terlalu mengikat dan memahat hati kepada seorang insan sahaja". 


Kau masih muda , perjalananmu masih jauh dan hidup masih perlu kau teruskan demi masa depan dunia dan akhirat .

Bukankah lebih baik kita berdoa agar ALLAH mengurniakan jodoh yang lebih baik daripada si dia . ツ

Ingat , selagi belum halal kita masih ada jarak .. bukan nak berkepit bagai macam orang dah nikah ! . 

Jodoh adalah takdir yang telah tersurat di Luh Mahfuz .. jodoh itu adalah cerminan diri kita sendiri . Terimalah jodoh itu secara dinamik iaitu BUKAN dengan duduk menunggu dan tidak berikhtiar langsung .


Sewaktu dalam perut ibu lagi , ALLAH dah tentukan jodoh kita . Jodoh itu kan rahsia ALLAH dan kita hanyalah merancang .

Mungkin ALLAH tak beri seseorang yang kita impikan TAPI ALLAH berikan seseorang yang kita perlukan dalam hidup ini . 

Bersangka baik dengan ALLAH ツ ..
Tinggalkan yang haram dan jadikannya halal .
Yang halal itu mudah tapi jadi susah jika kau sendiri inginkan yang haram !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan