Khamis, 5 Mac 2015

Allah Sebaik-baik Perancang

Keredhaan , Keberkatan , Ketenangan
Ayyub al-Sakhtiyani pernah berkata : "Ketika apa yang kita kehendaki tidak berlaku , kehendakilah apa yang berlaku . 

Hati manusia diciptakan untuk mengenali Tuhannya yang sebenar . Manusia itu akan merasai kelazatan yang paling tinggi apabila hatinya mengenali ALLAH . Selagi belum mengenali ALLAH , selagi itulah hati akan terus berasa resah dan gelisah seolah-olah ada sesuatu perkara yang masih kosong dalam hati ..

ALHAMDULILLAH , 
3 Mac 2015 bersamaan dengan hari Selasa .  .
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah keluar .. ada yang gembira , tak kurang juga yang sedih .. Keputusan SPM hanyalah satu permulaan . 

Mungkin 10A+ dalam SPM tidak tercapai namun ALLAH gantikan dengan KETENANGAN yang cukup tenang sehingga hati terasa lapang dan mensyukuri segala nikmat yang diberi oleh-Nya . . 

INGAT . . 
Semua perkara yang ALLAH takdirkan , ada HIKMAH disebaliknya .

Salah satu PINTU KEBAHAGIAAN itu adalah REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH.  Begitu juga dengan ketenangan . Andai keredhaan itu dipupuk dalam diri , Inshaallah kita akan sentiasa merasa tenang dalam apa jua keadaan . ツ

Bagaimana pula keredhaan dan ketenangan itu dihubungkaitkan dengan keberkatan .. ? 

Apabila kita redha dengan keputusan SPM yang kita perolehi , maka akan wujud ketenangan . Ketenangan itu pula akan datang apabila adanya keberkatan .

Rezeki Allah itu sangat luas ! .. Usah diragui akan rezeki yang Allah berikan .

Keputusan SPM bukanlah penentu bagi rezeki seseorang . Wahai teman JANGAN RIAK DAN SOMBONG .. ALLAH boleh tarik segala yang ada pada diri bila-bila masa sahaja . 

Ayuh teman ! , BANGKIT dan TERUS BANGKIT .. 
"Manusia yang hebat itu ialah mereka yang berusaha untuk bangkit setelah terjatuh " .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan