Jumaat, 27 Februari 2015

Taubat Seorang Muslim ..

Muhasabah Diri .  .

Tatkala kita melelapkan mata , ada 'pandangan' yang tidak pernah lena .. 'pandangan' bukan sekadar melihat malah menjaga setiap nadi , dan denyutan nafas agar kita sentiasa selamat berada dalam jagaan-Nya . 

'Pandangan' inilah yang sentiasa merakamkan setiap amal perbuatan kita didunia TANPA TERKECUALI ..

Sebagai orang yang beriman , kita yakin bahawa kita akan menghadapi hari akhirat yang mana pada hari akhirat itu nanti segala amal perbuatan kita akan dihitung dan dinilai oleh ALLAH . . Meskipun hanya sedikit kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan , ia tidak akan dikecualikan melainkan akan dinilai dan diberi pembalasan . 

Terdapat hadis daripada Abu Bakar as-Siddiq , Baginda bersabda :
"Tiada seorang hamba yang melakukan satu dosa , lalu dia bersuci , mengelokkan wuduknya kemudian dia solat dua rakaat , kemudian dia bertaubat kepada ALLAH , kecuali ALLAH pasti akan menerima taubatnya ."

Renunglah ke dalam diri . .
Jika merasa diri lebih banyak melakukan kejahatan , maka cepat-cepatlah membuat pembetulan . BERTAUBATLAH sementara masih ada waktu kerana inilah masanya untuk memperbaiki diri .. ツ

Seteruk mana pun kesalahan yang kita lakukan , namun bila kita 'kembali semula' kepada-Nya Inshaallah Dia akan mengampuninya . Mereka yang kufur sekalipun tetap akan berguguran dosanya tatkala mereka kembali kepada 'fitrahnya'.  .

Kita sering alpa dan terleka dengan dunia semata sehingga lupa ingin mengetuk pintu taubat-Nya . 

ASTAGHFIRULLAH HAL AZHIM . .

Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya ." (Riwayat al-Tirmidzi)

Ayuh ! apa tunggu lagi . . .
INSAF , TAUBAT DOSA SELAMA INI .

Bertaubat , jangan tunggu hari esok KERANA hari esok belum tentu ada untuk kita ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan