Perkara yang didengar dan dilihat bukan sekadar kata-kata namun ia berpotensi untuk memecahbelahkan hubungan antara kaum .
Nauzzubillahi min zalik . .
Islam mengarahkan setiap Muslim agar MENYELIDIK SETIAP BERITA / MAKLUMAT yang disampaikan khususnya melalui LAMAN SOSIAL .Janganlah kita terlalu suka menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ianya bakal mengundang fitnah dan boleh menjatuhkan maruah seseorang .
Islam sama sekali MELARANG kita untuk mempercayai setiap berita/maklumat yang disampaikan tanpa usul periksa terlebih dahulu .
Bukan itu sahaja ,
Jika berita/maklumat yang kita ketahui tersebut adalah benar dan sahih NAMUN ia menyebabkan keaiban seseorang berkaitan keburukkan , maka TIDAK PERLU UNTUK KITA MENYEBARKAN KEAIBAN ORANG TERSEBUT dan cukup sekadar kita menutup aibnya . Kita menutup aibnya bukan kerana kita menyokong keburukan / kesalahan yang dilakukan sebaliknya KITA MENASIHATI SERTA MENDORONGNYA UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENINGGALKAN KEMUNGKARAN .. Menasihati biarlah secara berhemah dan secara 'privasi' . ツ
Ayuh kita semaikan dalam diri agar berhati-hati dalam menggunakan Laman Sosial.! .. semoga terus beristiqamah . ✔✔
Tiada ulasan:
Catat Ulasan