Tudung labuh itu bukan hak seorang Ustazah atau alim ulama TETAPI HAK SEMUA WANITA ..
Tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai , yang penting menutup dada sepenuhnya dan berpakaian menutup aurat .
"Harap tudung je LABUH tapi perangai.." Kenapa perlu disalahkan TUDUNG bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH ??!!
Tudung tak SALAH , yang SALAH pemakainya . Kita tak tahu betapa susahnya seseorang untuk tarbiyyah diri ..
Andai kami SALAH , TEGURLAH bukan CEMUHAN yang DIBERI . USAH disalahkan labuhnya tudung kami kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN . Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk ..
Menutup aurat tu perintah ALLAH ..
Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki .. Percayalah , cara berpakaian sedikit sebanyak boleh mengawal diri dari kita melampaui batas . Dengan bertudung labuh , pasti akan ada setitik penyedar . Kita ingat siapa kita , kita tak mahu diri terfitnah ..
Kita tak mahu agama terfitnah ..
Janganlah dibuang tudung labuh itu dari tubuh kalian .
Kalian nampak ayu dan sopan bertudung labuh .
Kalian menimbulkan rasa ingin beragama dalam kalangan sebahagian manusia . Samaada lelaki atau wanita , rasa beragama tiba-tiba datang tatkala kalian muncul .
Yang paling penting ialah berpakaian seperti itu jika betul niatnya dan caranya , kalian akan diredhai ALLAH .. INSHAALLAH . .
Ingat . . !!
Beramallah kerana ALLAH ,
Ikhlas kerana ALLAH .
Niat kerana ALLAH .
Bermatlamatkan ALLAH KERANA AKU JUGA MANUSIA , aku tidak sempurna .
Aku juga manusia biasa .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan