Jumaat, 3 April 2015

Ukuran Kejayaan dalam Berdakwah

Realiti Dakwah

Antara perkara terbaik dalam memanfaatkan umur kita yang terbatas adalah dengan MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH dan beribadah berdasarkan petunjuk RASULULLAH .

Diusia dewasa khususnya kita sewajarnya memanfaatkan masa untuk terus menyampaikan dakwah , mengajak manusia kepada agama ALLAH dan berusaha menjauhkan mereka daripada perbuatan maksiat iaitu AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR ..

Namun dalam berdakwah , kita harus menerima hakikat bahawa suasana yang mendorong ke arah kealpaan dan maksiat jauh lebih banyak berbanding yang mendorong kearah kebaikan .

Jangan mudah berputus asa dan kecewa ..
Kefasihan dan kepandaian mengolah kata dalam berdakwah BUKANLAH syarat dalam berdakwah dijalan ALLAH .
Sampaikanlah ilmu yang kita miliki dan berkongsilah . Jika ada kemampuan untuk mengolah kata-kata , maka lakukanlah sekadar yang bersesuaian dengan perwatakan kita . 

Ingatlah , dakwah BUKAN seperti berpidato , ceramah dan syarahan bagai . . .
Dakwah merupakan teladan tindakan yang sangat erat dengan kehidupan umat manusia . 

Keberkesanan dakwah BUKANLAH diukur dengan gelak tawa dan sorak sorai para pendengar . BUKAN juga diratapi dengan tangis dan derai airmata , sebaliknya keberkesanan dakwah adalah melalui kesan yang terpahat dalam jiwa lalu tercermin dalam tingkah laku . .

Teruskanlah berdakwah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan