Selasa, 3 Februari 2015

Namunku punya hati ♥♥

Kecantikan Hakiki Seorang Muslimah ♥ . . . 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang mengelakkan dari berkata-kata buruk terhadap diri saudaranya , nescaya Allah mengelakkan api neraka daripada mengenainya pada Hari Kiamat ." (Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi) ..

JANGAN SESEKALI memperli , memperolok-olok , mengejek , menghina , memperleceh , memperlekeh , memanggil dengan gelaran yang memalukan dan seumpamanya . 

Manusia adalah makhluk Ciptaan ALLAH. 
Rupa paras , warna kulit , bentuk tubuh badan dan sebagainya adalah Pemberian ALLAH . . 

ALLAH menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian . Syukurilah atas segala pemberian-Nya..

Usah kita runsingkan fikiran dengan memikirkan "apa orang kata" tentang zahir kita . Lebih utama lagi ialah kita perlu menjadikan akhlak dan pekerti kita cantik disisi ALLAH iaitu dengan memperkayakan diri dan jiwa dengan pekerti mulia . . 

Adalah lebih baik menjadi SEORANG SOLEHAH dan KAYA DENGAN KEINDAHAN AKHLAK . biarpun tiada paras rupa NAMUN akhlak yang mulia akan menjadi suatu tarikan bagi orang-orang yang bertaqwa .. 

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi pernah berkata ,
" Kecantikan tidak diukur pada wajah . Kalaulah kecantikan itu terletak pada wajah , lambat laun wajah yang cantik akan berkedut , reput dan mengecut . Oleh itu , cantik yang sebenar ialah kecantikan akhlak kerana itulah kecantikan yang abadi ."

Jom kita utamakan pembentukan moral dan pembinaan pekerti . Baiki dan hiasi diri dengan akhlak mulia kerana sesungguhnya itu lebih utama disisi ALLAH . .

1 ulasan: