Jom Tahajud ✔✔
"Yaa Allah , hanya kepada-Mu aku berserah diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal dan hanya kepada-Mu aku kembali.Kerana-Mu aku memusuhi dan hanya kerana-Mu aku mengambil keputusan.Maka ampunilah aku atas segala apa yang pernah aku lakukan dan apa yang aku akan lakukan,apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan.Engkaulah Zat yang Maha Awal dan Maha Akhir.Tiada tuhan selain Engkau.Dan tiada daya untukku melakukan kebaikan dan tiada kekuatan untukku meninggalkan dosa maksiat kecuali dengan pertolongan dari-Mu yaa Allah" ..
ALLAH berfirman :
"Pada sebahagian malam , bangunlah bertahajud sebagai tambahan bagimu . Semoga Allah membangkitkan dirimu dalam kedudukan yang terpuji. "(Surah al-Isra':17)
Hasan al-Basri berkata :
"Ibadah terbaik adalah melakukan solat pada tengah malam" .
Tahajud ialah berjaga setelah tidur .
Tahajud dilakukan khas selepas tidur walaupun hanya tidur dalam jangka masa yang pendek .
Rasulullah SAW hampir tidak pernah meninggalkan solat tahajud walaupun dalam keadaan Baginda sakit ataupun perkara lain . Solat sunat Tahajud merupakan amalan sunnah Rasulullah SAW.. ♥♥
Susah nak bangun tahajud ? ..
⇨Lepas solat isyak , tidur awal . .
⇨Niat agar ALLAH permudahkan kita untuk bangun tahajud .
Jom sama-sama kita solat tahajud ! ✔✔
Tiada ulasan:
Catat Ulasan