Rabu, 21 Januari 2015

Ujian daripada ALLAH

Ujian ALLAH datang jua...

 Anggaplah ujian sebagai suatu anugerah. ALLAH memuliakan diri kita dengan anugerah yang berbentuk UJIAN..

Terimalah takdir ALLAH dengan hati yang tenang.Usah sesalkan dengan apa yang telah berlaku KERANA kita hanyalah Hamba ALLAH yang lemah.Kita tidak dapat menolak ketentuan yang telah ALLAH tetapkan bagi diri kita.

Keyakinan kepada ALLAH adalah merupakan penawar paling mujarab dalam menghadapi ujian dunia.JANGANLAH MENYIMPAN KERAGUAN KEPADA ALLAH.BERSANGKA BAIKLAH KEPADA-NYA..Percayalah!,setiap ujian yang menimpa ada hikmah disebaliknya..ツ

Dalam hidup ini,kita takkan pernah berhenti untuk mengharungi pelbagai ujian,cabaran dan juga kesukaran..bekalkanlah diri kita dengan kekuatan menerusi DOA KEPADA ALLAH kerana "SESUNGGUHNYA DOA ITU MERUPAKAN SENJATA BAGI ORANG MUKMIN"

Bersabarlah dalam menghadapi ujian ALLAH kerana kesabaran itu sangat penting.

Luqman al-Hakim telah menasihati anaknya;"Hai anakku,dirikanlah solat,suruhlah manusia mengerjakan kebaikan dan cegahlah manusia daripada perbuatan mungkar serta bersabarlah terhadap bala bencana yang menimpa kamu,Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting."(Surah Luqman 31:17)

BERTAWAKAL LAH KEPADA-NYA,serahkan urusan kepada ALLAH setelah berusaha untuk memperbaiki keadaan.

Sedarilah wahai teman,
masih ramai lagi mereka diluar sana yang menghadapi ujian yang lebih berat daripada ujian yang ALLAH berikan kepada kita kini..

Usah bersedih dengan UJIAN YANG ALLAH BERIKAN ツ ..bacalah Al-Quran dan berzikirlah agar hati kita menjadi tenang dalam menghadapi ujian dari-Nya .. setiap ujian yang menimpa,pasti ada jalan penyelesaiannya.. Don't give up!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan