Jumaat, 16 Januari 2015

Benci Kemungkaran Bukan Pelakunya

" Bencilah kemungkaran , tetapi jangan membenci pelakunya . " ..
Jika itu dapat dilakukan , Inshaallah dakwah dan tarbiyah akan lebih berkesan . .

Inilah sebenarnya rahsia kejayaan dalam misi 'amar makruf nahi mungkar'.. ingat ! , sebesar mana pun kemungkaran yang dilakukan , jangan putus asa untuk berdoa disamping berharap agar pelakunya diberikan hidayah oleh Allah . .

Terkenang dengan kisah Rasulullah s.a.w dalam menghadapi penentangan daripada penduduk Taif . Walaupun Rasulullah diejek dan dilontarkan dengan batu namun Rasulullah tetap mengharapkan kebaikan sehinggakan Rasulullah menolak tawaran malaikat yang menawarkan diri untuk menurunkan azab kepada penduduk Taif atas perbuatan mereka . Subhanallah , betapa suci dan murninya hati dan fizikal Rasulullah sehingga tiada sedikit pun kebencian dihatinya . .

Sewajarnya , semakin kita membenci kemungkaran maka semakin meningkat rasa kasih dan kasihan kita kepada pelakunya . Ingat , " doa takkan mungkin tercetus jika dalam hati kita penuh dengan kebencian ". .

'Marah tandanya sayang'.. 
kemungkaran yang dilakukan , marah biarlah diselitkan dengan pengajaran dan nasihat . ツ

Jom sama-sama kita contohi keperibadian Rasulullah s.a.w dalam berdakwah dan mentarbiyah diri . ♥♥



Tiada ulasan:

Catat Ulasan