Ahad, 26 April 2015

Fahami Jihad sebenar

Konsep Jihad yang Sebenar 

Perkataan JIHAD berasal daripada perkataan dalam Bahasa Arab yang bermaksud 'jahada'.

JIHAD bermaksud bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.. 

Konsep JIHAD sangat luas. 
Jihad BUKAN sahaja dengan berperang semata. 



Maksud jihad mencakupi banyak makna dan konteks. Konsep jihad sangat luas dan ia meliputi hampir semua perbuatan baik yang kita lakukan untuk masyarakat. 

Dari segi syarak,jihad didefinisikan sebagai berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang disasarkan dalam menegakkan agama ALLAH diatas muka bumi ini.

Dr.Said Ramadhan Al-Buti menjelaskan tujuan jihad: 
"Jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan Allah,meninggikan kalimah ALLAH dan menegakkan masyarakat Islam".

Berbakti kepada ibu bapa juga merupakan satu jihad yang sangat besar pahalanya. 

Abdullah bin Amr bercerita, seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu meminta izin untuk berjihad. Baginda bertanya kepadanya: "Adakah ayah dan ibumu masih hidup?"
Dia menjawab:"Ya."
Baginda bersabda:"Berjihadlah kepada mereka berdua."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jihad seringkali dikaitkan dengan IS ataupun ISIS iaitu Islamic State of Iraq and Syria.Lebih merisaukan kini ramai belia yang turut terjebak dengan IS.Kebanyakan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah diseluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan IS atau ISIS.

Kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS dibumi Syria adalah berpunca dari kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam sebenar.Perjuangan ISIS adalah sia-sia kerana mereka BUKAN tergolong sebagai jihad dan kematian mereka BUKANLAH dikategorikan sebagai syahid kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka.ISIS juga membunuh rakyat yang tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman.

Jihad berperang itu diharuskan namun perlulah kena pada cara berperang yang sebenar dan bukanlah mengikut realiti tanpa melihat kepada konteks dan realiti semasa semata-mata.

Jihad berperang itu perlulah memiliki ilmu.Orang nak ikut ISIS,kita pun nak ikut sekali kononnya semangat nak berperang.Fikir-fikirlah dulu,jihad ilmu terlebih dahulu kan lebih baik..ツ

Berjuanglah dijalan ALLAH dengan sebenar-benar Jihad.

(Sumber Rujukan:Dr.Maszlee Malik,Dr.Mohd Sukki Othman dan Dr.Danial Zainal Abidin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan