Sabtu, 14 Februari 2015

Ikhtilat . .

Apa itu IKHTILAT .. ?

IKHTILAT ialah percampuran dan pergaulan secara khusus antara lelaki dan wanita yang telah akil baligh ..

Islam tidak pernah menghalang pergaulan seseorang bahkan meraihkan fitrah manusia untuk hidup berkawan dan bermasyarakat ..

Islam amat mementingkan batasan pergaulan demi menjaga maruah umat Islam sendiri dan seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya kerosakan dari segi akhlak dan seumpamanya .

Batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh ALLAH sebenarnya BUKANLAH SEKATAN MAHUPUN KONGKONGAN namun sebaliknya ia sebagai tanda kasih sayang ALLAH kepada Hamba-Nya kerana terdapat banyak kesan negatif yang berpunca daripada pergaulan bebas ini .

BERSAHABAT antara lelaki dan wanita tidak salah namun perlulah . . .
1.Bersahabat kerana ALLAH semata-mata , taati segala perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya ..

2.Jaga pandangan dan pendengaran daripada gosip atau umpatan orang .

3. Elakkan daripada berduaan ditempat sunyi kerana seseorang yang beriman tidak akan mengheret dirinya ke pintu maksiat ! .. ツ

4.Bersahabatlah TAPI ELAKKAN DARIPADA BERSENTUHAN seperti cubit-cubitan dan tampar menampar antara berlainan jantina ..

"LAMBANG KEAKRABAN BUKAN DIUKUR PADA CARA BERGAUL" ..

Bersahabat itu indah dan tidak salah namun kadang kala cara bersahabat itu boleh mengundang kesalahan dan akhirnya ikhtilat tidak dapat dijaga dengan baik . .

Kawal hati .. ♥
Peliharalah sebaiknya . .

Ingat ! 
IKHTILAT UMPAMA API YANG MARAK MENYALA . KITA HARUS MEMADAMNYA KETIKA MASIH DIPERINGKAT BARA LAGI . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan