Selasa, 23 Jun 2015

Gempa Bumi Sabah

Sebelum kita merungkai topik ini dengan lebih mendalam lagi , ayuh sama-sama kita belajar dan mengenali asal usul berlaku Gempa Bumi dan proses pertama yang berlaku .



Proses Geomorfologi merupakan semua proses fizikal , kimia , dan biologi yang bertanggungjawab membentuk dan mengubah bentuk muka bumi atau pandang darat fizikal . 

Proses Geomorfologi terbahagi kepada dua iaitu : Proses Endogenetik dan Proses Eksogenetik .

Kita fokus kepada Proses Endogenetik yang berkaitan dengan tajuk . 

Proses Endogenetik adalah proses yang berpunca daripada dalam dan mampu membentuk dan mengubah permukaan bumi .

Lapisan astenosfera yang terdapat di dalam mantel bumi mempengaruhi pergerakan dalaman bumi . Lapisan ini terdiri daripada cairan batuan yang amat panas yang mewujudkan tenaga haba yang tinggi serta arus-arus perolakan yang dapat menggerakkan lapisan kerak bumi . 

Pergerakan lapisan kerak bumi pula akan mewujudkan proses-proses endogenetik yang berikut : 

1. Pengangkutan dan penurunan blok-blok bumi .

2. Gempa Bumi .

3. Gelinciran .

4. Proses perlipatan kerak bumi .

5. Metamorfosisme batuan .

6. Aktiviti gunung berapi .


Gempa Bumi yang berlaku di Sabah . Bagaimana gempa bumi boleh berlaku ?? .. 

Gempa bumi atau gegaran dialami oleh kerak bumi apabila berlakunya perlanggaran plat-plat tektonik . Ombak tsunami yang dahsyat akan wujud sekiranya gempa bumi yang kuat dialami oleh lapisan kerak bumi di dasar laut . Lapisan kerak bumi sentiasa mengalami pergerakan yang memungkinkan plat-plat tektonik mengalami pertembungan dan pemisahan antara satu sama lain kerana lapisan kerak bumi ini terapung di atas lapisan astenosfera yang panas .


Plat-plat tektonik terbahagi kepada dua iaitu :
1.Pertembungan
2.Pencapahan / pemisahan

Pertembungan pula terbahagi lagi kepada tiga iaitu :
(a). Plat benua dengan plat lautan .
(b). Plat lautan dengan plat lautan .
(c). Plat benua dengan plat benua .

Pencapahan /pemisahan pula terbahagi kepada dua iaitu :
(a). Plat lautan dengan plat lautan .
(b). Plat benua dengan plat benua .

Dua daripada fenomena tektonik yang dihasilkan ialah Lipatan dan Gempa Bumi . 

Setiap yang berlaku ada hikmah dan semoga kejadian Gempa Bumi yang berlaku di Sabah dapat dijadikan pengajaran buat kita semua . Inshaallah . .



Ahad, 10 Mei 2015

Kasih ibu dan ayah

Peranan anak-anak 

Didalam Al-Quran telah banyak menyebut ayat-ayat yang berkaitan kebaktian seorang anak terhadap kedua ibu bapa . Begitu pentingnya kebaktian seorang anak terhadap ibu bapa sehingga ALLAH mengangkat kedudukan ibu bapa kepada suatu martabat yang tinggi selepas kita mentaati ALLAH dan RASUL-NYA .

Mengimbas kembali beberapa tahun yang lalu , ALHAMDULILLAH saat aku memberikan sebuah ceramah berkaitan peranan seorang anak terhadap ibu bapa . 

Sebagai Muslim yang baik dan patuh kepada ajaran Islam , kita hendaklah patuh dan taat kepada kedua ibu bapa . Perbuatan taat merupakan sebesar-besar kebaktian seorang anak terhadap kedua ibu bapa .

Ingatlah bahawa didalam kita melakukan ketaatan kepada kedua ibu bapa , kita TIDAK DIBENARKAN menurut kehendak dan kemahuan ibu bapa yang berbentuk kufur dan maksiat . 


cantik dan kacak kan mak dan ayah kitew ? .. hah siap letak nama mak dan ayah lagi taw ! .. dialah mak dan ayah saya .. ♥♥ 

sambung semula topik kita , ツ

Berbakti kepada kedua ibu bapa juga ialah dengan kita memberi penghormatan dan memuliakan mereka . Pabila mereka membebel atau marah , bebelan dan kemarahan itu bukanlah bererti mereka membenci kita tetapi bebelan dan kemarahan tersebut ialah teguran dan nasihat untuk diri kita . Marah mereka kerana sayang . . 

Muslim yang bertaqwa , sedar dan cerdik ialah mereka yang selalu berterima kasih kepada kedua ibu bapanya atas jasa dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai harganya . Kerana dua insan yang bergelar ibu bapa , merekalah yang membesarkan anak-anak , mendidik , memelihara dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada kita . Merekalah yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi untuk memberikan keselesaan dan kemewahan kepada anak-anak . 

Dengan jasa dan pengorbanan ibu bapa , kita sebagai anak seharusnya membalas jasa mereka dengan kebaikan . 

Sejak akhir-akhir ini , kes anak derhaka terhadap ibu bapa semakin menjadi-jadi . 
ASTAGHFIRULLAH HAL AZHIM , sedarkah kalian tanpa mereka mungkin saja kita tidak dapat hidup di dunia ini dan menikmati keindahan Ciptaan Tuhan . Bila diimbas kembali keratan akhbar yang banyak memaparkan tentang anak-anak yang menganggap ibu bapa sebagai 'beban' bagi mereka . Sungguh sedih rasanya !

Jika dahulu mereka bersusah payah menjaga dan membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berguna namun setelah mereka lanjut usia , kenapa harus diabaikan dan dilakukan sedemikian ? . Ingatlah bahawa mereka juga punya hati dan perasaan sebagai orang tua . 


Luangkanlah masa bersama mereka . Mereka tidak mengharapkan apa-apa selain daripada perhatian seorang anak terhadapnya . Gembirakanlah hati kedua ibu bapa .. siapapun mereka , mereka tetap ibu dan ayah yang telah melahirkan dan membesarkan kita . Jagalah makan dan minum mereka .. jagalah hati dan perasaan mereka . hormatilah mereka dalam apa keadaan sekalipun . 

INGATLAH bahawa REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA KEDUA IBU BAPA .. bukan mudah untuk menempah Syurga andai kita tidak menghormati dan berbakti kepada mereka ! .


Isnin, 27 April 2015

Nikmat Kurniaan-Nya

Belajar untuk bersyukur


SUBHANALLAH ..
ALHAMDULILLAH ..

seringkali syukur itu dilafazkan saat kita menerima suatu khabar gembira namun disaat kita ditimpa kesedihan dan musibah , kita lupa untuk melafazkan kesyukuran pada-Nya .

Sungguh banyak nikmat yang ALLAH berikan kepada kita seperti dikurniakan kesihatan yang baik , diberikan kesempurnaan fizikal dan sebagainya .


ALLAH mengurniakan nikmat kepada kita adalah bagi memudahkan urusan hidup manusia , menguji sejauh mana kita mensyukuri segala nikmat-Nya disamping ALLAH membuktikan kekuasaan dan kebesaran-Nya .

Bersyukur itu bukan sekadar kita melafazkan ALHAMDULILLAH semata tetapi juga hendaklah kita sentiasa mengingati bahawa ALLAH yang memberi segala nikmat , laksanakanlah segala perintah-Nya , tinggalkan segala larangan-Nya dan gunakanlah nikmat tersebut ke jalan kebaikan .

Tangisan , 
Airmata itu sering jatuh ke pipi tatkala kita berasa berat untuk menghadapinya . Cek diri dan muhasabah kembali . .Menangislah dan kemudian bangkitlah lalu letakkan keazaman dalam diri agar berubah kearah yang lebih baik disamping mendekatkan diri kepada-Nya dengan mensyukuri segala nikmat pemberian dari ALLAH . Sesungguhnya , ALLAH Lebih Maha Mengetahui .

Bagaimana untuk kita mensyukuri nikmat yang sedikit sedangkan nikmat yang besar sekalipun kita masih merasa ianya tidak memadai untuk diri kita .

Syukurilah nikmat yang ALLAH berikan ..

Jangan kita menjadi seperti kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan oleh ALLAH .
Nauzzubillahi min zalik ,


Kebinasaan yang telah berlaku adalah akibat sikap manusia sendiri .

Hargai dan syukurilah nikmat-Nya dengan sebaik mungkin .

Ahad, 26 April 2015

Fahami Jihad sebenar

Konsep Jihad yang Sebenar 

Perkataan JIHAD berasal daripada perkataan dalam Bahasa Arab yang bermaksud 'jahada'.

JIHAD bermaksud bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.. 

Konsep JIHAD sangat luas. 
Jihad BUKAN sahaja dengan berperang semata. 



Maksud jihad mencakupi banyak makna dan konteks. Konsep jihad sangat luas dan ia meliputi hampir semua perbuatan baik yang kita lakukan untuk masyarakat. 

Dari segi syarak,jihad didefinisikan sebagai berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang disasarkan dalam menegakkan agama ALLAH diatas muka bumi ini.

Dr.Said Ramadhan Al-Buti menjelaskan tujuan jihad: 
"Jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan Allah,meninggikan kalimah ALLAH dan menegakkan masyarakat Islam".

Berbakti kepada ibu bapa juga merupakan satu jihad yang sangat besar pahalanya. 

Abdullah bin Amr bercerita, seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu meminta izin untuk berjihad. Baginda bertanya kepadanya: "Adakah ayah dan ibumu masih hidup?"
Dia menjawab:"Ya."
Baginda bersabda:"Berjihadlah kepada mereka berdua."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jihad seringkali dikaitkan dengan IS ataupun ISIS iaitu Islamic State of Iraq and Syria.Lebih merisaukan kini ramai belia yang turut terjebak dengan IS.Kebanyakan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah diseluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan IS atau ISIS.

Kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS dibumi Syria adalah berpunca dari kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam sebenar.Perjuangan ISIS adalah sia-sia kerana mereka BUKAN tergolong sebagai jihad dan kematian mereka BUKANLAH dikategorikan sebagai syahid kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka.ISIS juga membunuh rakyat yang tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman.

Jihad berperang itu diharuskan namun perlulah kena pada cara berperang yang sebenar dan bukanlah mengikut realiti tanpa melihat kepada konteks dan realiti semasa semata-mata.

Jihad berperang itu perlulah memiliki ilmu.Orang nak ikut ISIS,kita pun nak ikut sekali kononnya semangat nak berperang.Fikir-fikirlah dulu,jihad ilmu terlebih dahulu kan lebih baik..ツ

Berjuanglah dijalan ALLAH dengan sebenar-benar Jihad.

(Sumber Rujukan:Dr.Maszlee Malik,Dr.Mohd Sukki Othman dan Dr.Danial Zainal Abidin)

Sabtu, 25 April 2015

Konsep Pembalasan Dalam Islam

Jenayah dan Pembalasan

Teringat kembali zaman sekolah menengah , saya ambil matapelajaran Tasawwur Islam dan Alhamdulillah waktu SPM dapat A dalam subjek tu . Saya akui memang saya tak belajar macam pelajar yang lain tapi saya belajar sendiri dan dibantu oleh Ustazah Dg.Sharmila dan Ustazah Haereyati . . maklumlah matapelajaran tu hanya 'subjek tambahan' untuk saya . Tapi berkat usaha , doa dan tawakal akhirnya ia beroleh hasil . . 

Sebenarnya bukan topik tu nak saya bincangkan . Tapi nak kongsi dengan semua tentang satu bab yang cukup menarik bagi saya dan saya rasa yang lain pun ingin tahu dan mempelajarinya jugak , bukan ? .. hehe . . Topiknya berkenaan dengan KONSEP PEMBALASAN DALAM ISLAM ..

Korang tahu tak apa itu HUDUD , QISAS , TAKZIR dan DIAT ?? .. Definisi bagi keempat-empat hukum pembalasan dalam Islam ini ada terdapat dalam gambar seperti tersebut : 


Sekarang kita dah tahu apa itu HUDUD , QISAS , TAKZIR dan DIAT ..

Kita tahu jenayah itu bermaksud SETIAP PERBUATAN YANG DIHARAMKAN OLEH SYARAK SAMAADA BERLAKU TERHADAP NYAWA , DIRI , HARTA DAN SEBAGAINYA ..

Kita beralih kepada jenis kesalahan yang boleh dikenakan HUKUM HUDUD iaitu :


Jangan sesekali kita memandang kesalahan sebagai satu perkara yang biasa tapi yang dirasakan biasa itulah mungkin saja boleh dikenakan hukuman mengikut syarak yang telah ditetapkan .

Beralih kepada QISAS , 


Syarat bagi hukuman QISAS ialah :

1.Penjenayah mempunyai niat jahat 
2.Penjenayah sempurna akal
3.Penjenayah melakukan jenayah dengan sengaja 

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka didalam Kitab Taurat itu bahawa jiwa dibalas dengan jiwa , dan mata dibalas dengan mata , dan hidung dibalas dengan hidung , dan telinga dibalas dengan telinga , dan gigi dibalas dengan gigi , dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang) . Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya , maka menjadikan ia penebus dosa baginya , dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH , maka mereka itulah orang-orang yang zalim ." (Surah Al-Ma'idah ayat ke 45)

Takzir ? .. apa itu TAKZIR ? .. Hah tadi dah tahu kan definisi bagi takzir . 

Kesalahan yang termasuk dalam kategori TAKZIR ialah :
1.Kesalahan khalwat 
2.Mencuri yang tidak cukup nisab 
3.Perbuatan yang menganggu ketenteraman awam (penyalahgunaan dadah , mengedar dadah , rasuah dll.)

Hukuman bagi kesalahan Takzir ialah :



Akhir sekali ialah DIAT ..

CONTOH BAGI DIAT ialah apabila seseorang yang menembak rusa dihutan , lalu tertembak orang dan meninggal dunia . Pesalah akan membayar diat kepada keluarga mangsa , manakala kadarnya ditentukan oleh mahkamah .

"Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seseorang mukmin yang lain , kecuali dengan tidak sengaja . Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja , maka (wajiblah dia membayar kafarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar 'diat' (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati) , kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya)." ( Surah An-Nisa ayat ke 92) .

Jangan sesekali terlibat dalam kes jenayah ! . Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara .. Semoga dapat dijadikan panduan dan ikhtibar buat semua . INSHAALLAH . ツ





Jumaat, 17 April 2015

Keyakinan , Halatujuku . . .

Cipta Keyakinan Dirimu .. 

Keputusan SPM dah dapat , 
Kemana pula halatujuku selepas ini ?

Sambung belajar ataupun bekerja ?
binggung yerr . . ? hehe samalah . .

Bahasa Inggeris . .

semua 'berfikir' untuk subjek Bahasa Inggeris terutama pelajar sekolah menengah . Bahasa Inggeris sememangnya kini sama taraf pentingnya dengan Bahasa Melayu . . Kedua-dua bahasa ini kini menjadi bahasa penghantar disetiap Kolej mahupun Universiti .

Belajar itu perlukan pengorbanan ..
Andai lebih usaha , Inshaallah kejayaan pasti milik kita . . 

Ramai orang berkata , dan menjadi satu keluhan untuk mempelajari Bahasa Inggeris .
Nak belajar kat mana-mana pun , bahasa inggeris amatlah diperlukan even dialam pekerjaan sekalipun . Nak taknak , kena jugak ! Tapi takpelah kita belajar untuk kebaikan . 

Seorang Ayah berkata :
"Buktikan keyakinan anak kepada ALLAH dan mohon kepadaNya agar kesulitan yang dihadapi oleh anak akan hilang . Sesungguhnya Hanya kepadaNya kita berserah diri . Tetapkanlah hati hanya kerana ALLAH kerana hanya kepadaNya segala kebaikan" . .

"Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha yang gigih untuk memajukan diri" ..

"Keyakinan dalam diri itu penting agar kita lebih bersemangat untuk belajar demi mencapai sebuah kejayaan tanpa mengira usia" . 

Ciptalah SEBUAH KEYAKINAN agar kita lebih kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang .

Jumaat, 10 April 2015

Raikan Hari Jumaat

Muliakan Hari Jumaatmu ..

Hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan 1001 keistimewaan . RASULULLAH SAW amat mengalakkan amalan kebajikan pada hari Jumaat . 

Antara adab pada hari Jumaat ialah :
1. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW .

2.Bersegera untuk solat Jumaat .
3.Memakai wangi-wangian dan pakaian yang bersih .
4.Membaca Surah al-Kahfi .
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat , nescaya ALLAH akan mengurniakan kepadanya cahaya antara dua Jumaat." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Jom kita sama-sama tingkatkan usaha kita untuk lebih bertaqwa kepada ALLAH . Semoga hari Jumaat kita akan lebih bermakna .. INSHAALLAH . .